Iklan Promosi Terkini

Wednesday 23 June 2010

Sambal Hitam (Masakan Tradisional Pahang)




Dalam usaha memperkenalkan masakan Sambal Hitam @ Sambal Belimbing Buluh, Pahang yang merupakan makanan yang terkenal bagi Daerah Raub, Jerantut dan Lipis. Sambal ini diperbuat dari belimbing buluh yang telah direbus (melalui proses tertentu) ditumbuk, dicampurkan bersama lada kecil, bawang merah serta ikan bilis dan sedikit garam. Ditumis sehingga naik bau. Penyediaan sambal hitam @ sambal belimbing rebus ini sangat mudah dan begitu enak, lebih sedap jika dimakan bersama ulam-ulaman berasaskan sayur-sayuran dan lain-lain.





Oleh itu, pihak kami telah mengeluarkan produk sambal hitam ini secara kecil-kecilan di rumah dan memasarkan produk tersebut menggunakan perkhidmatan menjual secara 'online' kepada penggemar dan yang ingin mencuba masakan tersebut. Perkhidmatan yang kami tawarkan merupakan secara pos terus kepada pelanggan. Pelanggan yang ingin mencuba sambal ini perlulah terlebih dahulu memaklumkan kepada pihak kami kerana sambal yang dijual, akan dibuat mengikut tempahan bagi mengelakkan sambal yang dijual dari rosak atau berubah rasa..

Selamat mencuba Masakan ini .








*Fakta pemakanan



Tenaga 527kcal, protein 19.3g, karbohidrat 19.3g dan lemak 41.4g










" TEMPAHAN KINI DIBUKA KEMBALI DENGAN HARGA RM8/100gm 
Untuk mendapatkan harga borong 
Sila sms/whatsapp ke No:- 017-9553779 (Zul)


* P/S:- Sila tinggalkan komen diruangan komen di bawah.